Friday, June 11, 2010

BERITA TERKINI !!!


Pelancaran MELALEUCA di Malaysia 10 April 2010!


Kementerian Mahu Rangsang Niaga Jualan Langsung Tahun Ini
KUALA LUMPUR, April 10 (Bernama)-- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dijangka menganjurkan konvensyen jualan langsung pada Jun tahun ini bagi merangsang perniagaaan jualan langsung di Malaysia.

Bagaimana pun, kementeriannya masih belum dapat mendedahkan butiran mengenai konvensyen itu.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) bagi menggerakkan industri itu ke hadapan dan menghadapi cabaran di masa depan.

Beliau berkata demikian di dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tuan Daud Tahir semasa melancarkan Melaleuca Southeast Asia (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat kecergasan di sini pada Sabtu.

Ismail berkata kerajaan berharap untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas dan input dari industri itu berikutan potensi dan pasarannya yang meluas yang masih belum diterokai di Malaysia.

-- BERNAMA--


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=489524

No comments:

Post a Comment